Pengenalan
Kursus Latihan Pengendali Makanan (KLPM) adalah kursus yang diwajibkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) untuk semua Pengendali Makanan yang mengendalikan makanan untuk tujuan jualan atau edaran kepada orang awam sama ada secara berbungkus atau tidak berbungkus.
Kini, KLPM selain dari kelas secara fizikal, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi kebenaran kepada Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) di seluruh Malaysia untuk menyediakan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara Online.
Kelonggaran ini, sedikit sebanyak memudahkan Pengendali Makanan untuk menghadiri Kursus Wajib ini tanpa membahayakan keselamatan diri sewaktu Musim Pandemik Covid-19.
Syarat Hadir Kursus Online
Peserta mempunyai akses internet yang stabil | Peserta mempunyai smartphone ataupun laptop |
Harus mempunyai whatsapp dan boleh muat turun applikasi ZOOM di smartphone | Peserta mestilah memahami Bahasa Melayu |
Harus ON video dan live sepanjang kursus berlangsung | Wajib menghadiri kursus selama 3 jam penuh |
Wajib menjawab semua soalan Pra, Pos dan Kuiz pendek yang akandiberikan sepanjang training | Wajib memberi sepenuh perhatian semasa training dan tidak bolehmembuat kerja lain semasa kursus seperti memasak,berjogging dan sebagainya. |
Siapa Yang Patut Hadir Ke Kursus Pengendali Makanan Ini?
1. Penjaja makanan dan peniaga bazar
2. Restoran
3. Pengusaha produk makanan
4. Kilang pembuatan makanan
5. Perhotelan, hospitaliti
6. Katering, Kantin makanan
7. Pusat jagaan kanak-kanak
8. Pengendali makanan daripada rumah (Home based)
Nota Tambahan
Sijil softcopy akan diberikan melalui whatsapp Tuan/Puan 1 jam selepas kursus dijalankan.
Sijil hardcopy (sijil asal) akan di pos di alamat Tuan/Puan 1-7 hari selepas kursus dijalankan.